Sunday 17 July 2011

Petua Rumah Tangga Bahagia...


Entri bajet macam dah kawen kan, tak pe...nanti dah nak kawen boleh gali balik info ni yang jumpe kat paper BH tadi,hehe

Petua-petuanya...

1. Sering melakukan kegiatan bersama seperti makan, beriadah, membeli belah dan mandi bersama.

2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami (kebas woh!!haha) . Isteri yang penyayang akan sentiasa berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3. Kreatif mencipta suasana harmoni dan tenang dalam rumah tangga.


4. Sekiranya berlaku pertengkaran cuba ingat kembali kenangan manis ketika saat bahagia seperti bercinta & berbulan madu.

5. Suami haruslah lebih mesra dengan keluarga mentua. Ibu bapa mentua boleh menjadi penasihat sekiranya ada masalah di dalam rumah tangga.

6. Suami janganlan menumpukan perhatian berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

7. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan & pergaulan sesama ahli keluarga.

8. Berbincang sekiranya terdapat masalah. Jangan bertengkar dan asyik menegakkan pendapat sendiri.

9. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya.

10. Keluarga Islam haruslah mengamalkan solat berjemaah sesama ahli keluarga.

Sekian. Peace ^^

1 comment:

  1. nak tmbah,suami isteri kena bnyk berbual,borak2..tambah fhm satu smw len..hehe~~~

    ReplyDelete